Sabtu, 10 Maret 2012

Ada Cinta Smash Pikat Pendengar


Kumpulan yang semakin mendapat di hati pendengar SMASH dari Indonesia yang ditubuhkan pada 10 April tahun lalu, kini menjadikan band-band Korea sebagai inspirasi mereka ini.
Dianggotai tujuh jejaka kacak, iaitu Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi, dan Bisma Karisma.
Setelah lebih setahun berkecimpung dalam dunia seni, mereka kemudian tampil dengan album sulung mereka bertajuk SM*SH. Album ini mula dipasarkan di Indonesia bermula Julai tahun lalu.
Berkat daripada strategi pemasaran yang unik dengan menjadikan permis makanan segera sebagai pusat jualan album SM*SH, album ini berjaya mencecah jualan 600 ribu unit pada Oktober lalu.
Pada Disember yang lalu, kumpulan ini menerima anugerah 1 Million Award bersempena dengan jumlah jualan album mereka yang telah pun mencecah sejuta unit dalam tempoh enam bulan.
Hal ini membuktikan betapa SMASH sangat berpengaruh di Indonesia! Selain daripada berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian, anak-anak muda ini juga berbakat dalam bidang lakonan!
Sinetron Cinta Cenat Cenut 2 turut dibintangi kesemua tujuh anggota kumpulan ini! Sinetron ini kini sedang ditayangkan di Astro Indopek.
Dengan hasrat untuk meluaskan empayar taklukan, SMASH kini ingin mencuba nasib mereka di negara kejiranan seperti Malaysia.
Walaupun kedengaran seperti kumpulan baru oleh peminat muzik di Malaysia umumnya, kumpulan ini sebenarnya telah mendapat tempat di hati peminat boyband tempatan dengan wujudnya SMASH BLAST MALAYSIA!
Selari dengan hasrat ini juga, SMASH akan berkunjung ke Malaysia pada pertengahan Mac ini, antara 13 sehingga 17 Mac ini. Pada hari terakhir lawatan mereka ini, SMASH akan mengadakan showcase di sekitar Kuala Lumpur.
Menyentuh single terbaru SMASH, mereka kini tampil dengan single bertajuk Ada Cinta dan Klipvideo single ini telahpun disiarkan di laman popular Youtube dengan jumlah melebihi 500 ribu penonton.
Ada Cinta mengisahkan rasa cinta yang menggetar jiwa si teruna. Dengan penggunaan perkataan yang mudah, lirik lagu ini sangat telus menyampaikan perasaan indah yang dirasai si teruna.
Perasaan yang berbaur apabila cinta menguasai jiwa ini dihuraikan lagi melalui penggunaan perkataan seperti resah dan malu.
Bagi penggemar irama boyband yang agak santai, anda akan menyukai lagu ciptaan Yovie Widianto ini yang dibawa khas oleh Warner Music Malaysia.
Mari abadikan Ada Cinta sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*227700# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my.
Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*123987# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my.
Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0129191 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar