Sabtu, 24 Maret 2012

Presiden Barrack Obama Peminat Morgan Smash


Kelebihan mempunyai ketinggian dan rupa paras kacukan menjadi aset utama buat salah seorang anggota kumpulan Smash iaitu Morgan.
Murai Batu dapat tahu, disebabkan Morgan adalah ahli yang paling tampan dan ada aura yang cukup besar, dia dikategorikan sebagai ahli Smash yang paling dikehendaki. Senang cerita paling popular.
Jadi tidak hairanlah ke mana saja Morgan pergi sama ada ke kedai makan dan pusat beli-belah, jejaka ini pasti mencuri tumpuan mata gadis-gadis.
Malah, Murai Batu juga tidak hairan apabila ada suara berbisik di telinga Murai Batu bahawa wajah Morgan ini seiras ahli Super Junior iaitu Siwon.
Ada juga yang mengatakan Morgan juga mempunyai ciri-ciri yang dimiliki ahli kumpulan Big Bang iaitu TOP iaitu dari segi sudut fizikal dan pandangan mata.
Oh ya, sudah terlanjur Murai Batu bercakap tentang Morgan, Murai Batu difahamkan Twitter milik Morgan mempunyai bilangan pengikut sehingga mencecah 800,000 orang.
Pun begitu, Twitter milik jejaka kacak ini tidaklah seramai pengikut twitter milik seorang lagi ahli Smash iaitu Bisma Karisma. Difahamkan akaun Twitter Bisma sudah hampir mencecah sejuta orang.
Bagaimanapun, Twitter milik Morgan boleh dibanggakan lagi kerana salah seorang pengikut twitter Morgan adalah Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Dari sini, sudah terbukti walaupun Smash baru saja menembusi pasaran Malaysia, kumpulan ini mungkin mampu tembusi pasaran Amerika Syarikat dek kerana Barrack Obama adalah salah seorang pengikut twitter Morgan. Senang cerita, Obama adalah peminat Morgan.
Apapun, tahniahlah Murai Batu ucapkan buat Morgan kerana berjaya memancing Obama untuk meminatinya.
Mungkin, Murai Batu perlu risik apa sebenarnya petua Morgan boleh sampai ke tahap itu.
Di Malaysia siapa pula yang hebat di Twitter? Jangan hanya hebat kerana gosip sudahlah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar