Rabu, 14 Maret 2012

Identiti dan Citarasa Fesyen SM*SH


Fenomena Korean Wave yang melanda seluruh dunia telah memberi impak yang besar kepada peminat muzik yang satu ini.
Dengan itu tertubuhlah kumpulan muzik SM*SH yang berasal daripada Indonesia dan pengaruh mereka telah menular ke negara ini.
SM*SH atau Seven Men as Seven Heroes yang dianggotai oleh tujuh orang anak muda berasal daripada pelbagai wilayah di Indonesia telah mencetus fenomena baru muzik di Indonesia yang kini mendapat sambutan hangat di negara kita.
Pengaruh daripada muzik K-Pop yang dapat dilihat pada gaya yang dibawakan dan lantunan lagu daripada mereka menjadikan SM*SH mula dikenali dengan lagu I Heart You.
Rangga, Rafael, Ilham, Reza, Dicky, Bisma dan Morgan mempertaruhkan bakat dan gaya yang dipunyai mereka untuk memikat hati peminat lagu bergenre K-Pop yang dibawakan mereka.
Kesempatan bertemu dengan mereka untuk program eksklusif Chatting bersama SM*SH di Facebook portal murai.com.my telah memberi peluang untuk bertemu kesemua tujuh anggota kumpulan ini.
Ternyata mereka juga tidak lokek untuk berkongsi dengan pembaca setia murai.com.my dan peminat tentang inspirasi fesyen dan juga gaya kegemaran mereka.
REZA
Reza yang sering dilihat menjadi rapper bagi kumpulan ini berbicara tentang gaya yang menjadi pilihannya ketika membuat persembahan juga diwaktu dia tidak terikat dengan apa-apa aktiviti bersama SM*SH.
Murai.com.my: Stail yang sering digayakan Reza?
Reza: Sebenarnya saya seorang yang lebih senang memilih untuk bergaya rapi atau dalam erti kata lain tidak keterlaluan dan mahu dilihat kemas. Apa yang sering menjadi pilihan selalunya gaya street style.
Murai.com.my: Antara label yang menjadi pilihan Reza?
Reza: Saya menggemari label Topman, Zara dan helaian daripada Uniqlo.
Murai.com.my: Pengaruh atau ikon buat Reza?
Reza: Saya suka pada gaya yang dibawakan oleh TOP daripada Kumpulan BigBang dan Nicki Minaj.
Murai.com.my: Apa yang membuatkan Reza tampil berbeza daripada ahli kumpulan yang lain?
Reza: Walaupun saya lebih senang untuk kelihatan ringkas di luar pentas namun jika SM*SH mengadakan persembahan saya suka untuk tampil lain dari yang lain. Kadangkala lebih over dari segi penampilan.
RANGGA
Berbeza pula dengan Rangga yang sentiasa dilihat dalam gaya yang lebih menonjol daripada segi imej yang dibawa olehnya. Daripada gaya rambut hingga ke kasut yang dipakainya dia memang jenis yang suka berfesyen.
Murai.com.my: Bagaimana Rangga menggambarkan stail fesyen yang dibawakan?
Rangga: Saya menggambarkan diri saya sebagai unik. Saya sukakan sesuatu yang unik. Selain itu saya banyak merujuk kepada street style bersama gabungan daripada fesyen inspirasi daripada Korea dan Jepun.
Murai.com.my: Di mana anda sering berbelanja untuk fesyen?
Rangga: Saya sukakan Zara, Topman dan kadangkala jika bercuti ke destinasi seperti Hong Kong dan Bangkok, tujuan utamanya adalah untuk mencari helaian yang lain dari yang lain di sana.
Murai.com.my: Ikon ikutan anda?
Rangga: Yang menjadi ikon juga idola saya adalah G.Dragon daripada BigBang.
Murai.com.my: Apa yang membuatkan Rangga berbeza daripada ahli kumpulan yang lain?
Rangga: Saya senang bergaya berlebihan untuk tampil lain dari yang lain, jadi saya suka mengenakan stail yang unik tetapi tidak sampai keterlaluan.
RAFAEL
Menjadi ahli kumpulan yang paling senior, Rafael bercerita tentang gayanya yang banyak dipengaruhi oleh stail fesyen daripada Korea.
Murai.com.my: Inspirasi gaya fesyen Rafael?
Rafael: Saya selesa untuk mengambil stail dan trend daripada Korea sebagai rujukan saya bergaya. Tidak terhad ketika persembahan bersama SM*SH namun jika tiada sebarang aktiviti, saya masih terikat dengan gaya K-Pop cuma mungkin lebih ringkas.
Murai.com.my: Item fesyen pilihan Rafael?
Rafael: Seperti yang lain saya menggemari Topman juga Zara. Saya juga tidak lupa untuk menjenguk butik-butik di sekitar Jakarta untuk mencari item baru kerana bagi saya label itu tidak menjadi keutamaan tetapi stail dan kualiti itu lebih penting.
Murai.com.my: Ikon muzik atau fesyen rujukan anda?
Rafael: Kebanyakkannya daripada Korea seperti BigBang, SHINEE dan Super Junior.
Murai.com.my: Apa yang menjadi kekuatan anda untuk tampil berbeza dari segi fesyen?
Rafael: Saya suka bermain dengan aksesori untuk menonjolkan penampilan.
DICKY
Dicky pula dilihat lebih berani dari segi penampilan diri juga pakaian yang dikenakannya. Rambut yang diwarnakan platinum menonjolkan lagi penampilan Dicky.
Murai.com.my: Fesyen yang menjadi ikutan Dicky?
Dicky: Fesyen yang saya ikuti dan jadikan rujukan adalah daripada K-Pop seperti stail daripada kumpulan SHINEE dan juga sedikit sentuhan fesyen dari Britain.
Murai.com.my: Label pilihan Dicky?
Dicky: Sudah semestinya Topman kerana pilihan helaiannya sering up-to-date.
Murai.com.my: Idola anda dalam muzik juga fesyen?
Dicky: Saya suka melihat kepada gaya yang disarungkan oleh Kay SHINEE.
Murai.com.my: Untuk tampil lain dari yang lain apa yang akan kamu lakukan?
Dicky: Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Cuba untuk memakai sesuatu yang gila-gila dan tampil lebih berani. Ini yang saya pentingkan ketika membuat persembahan.
MORGAN
Menjadi antara ahli kumpulan yang sering mendapat perhatian pasti gaya dikenakan Morgan sentiasa dibelek peminatnya. Ternyata selera fesyen Morgan berbeza daripada ahli kumpulan yang lain.
Murai.com.my: Stail dan gaya yang bagaimana menjadi panduan Morgan?
Morgan: Saya lebih selesa memilih untuk bergaya ringkas dan kasual. Namun saya tidak punya masalah untuk bergaya berlebihan jika punya persembahan namun masih saya pasti akan terlihat paling ringkas.
Murai.com,my: Barang atau label yang menjadi pilihan Morgan?
Morgan: Sebenarnya saya tidak mempunyai label yang khusus kerana saya suka pada apa yang selesa. Bagi saya jika kita memakai sesuatu yang tidak kena dengan selera fesyen anda ia akan membuatkan kita rasa seperti ada yang tidak kena.
Murai.com.my: Ikon atau selebriti yang menjadi rujukan Morgan?
Morgan: Justin Timberlake pada saya sering dilihat pandai bergaya dan dia sungguh charming. Begitu juga dengan stail yang digayakan Zac Efron yang sering mencuri perhatian saya.
Murai.com.my: Menjadi perhatian dalam kumpulan, apa yang mahu ditonjolkan Morgan?
Morgan: Saya mahu jadi diri saya sendiri tidak kira dari segi gaya mahupun fesyen.
BISMA
Bukan sahaja pandai menyanyi dan menari namun Bisma punya bakat yang lain yang menjadi kekuatan buat dirinya juga buat SMASH.
Murai.com.my: Ilham buat Bisma bergaya?
Bisma: Apa yang sering menjadi pilihan untuk saya bergaya adalah seperti stail yang sporty dan lebih kepada street style. Lebih kasual dan lebih selesa.
Murai.com.my: Label yang menjadi pilihan untuk bergaya?
Bisma: Ada satu jenama asli daripada Bandung iaitu THTC dan juga Uniqlo.
Murai.com.my: Idola dalam muzik mahupun fesyen ikutan Bisma?
Bisma: Saya sukakan gaya pelakon untuk Step Up 3 iaitu Adam Sevani dan juga Jason Mraz.
Murai.com.my: Apa yang menarik tentang Bisma untuk tampil berbeza dengan ahli yang lain?
Bisma: Kelebihan atau bakat lain yang saya ada adalah saya boleh bermain alat muzik seperti gitar, dram dan percussion. Saya juga berkebolehan dalam menari breakdance dan menulis lirik.
ILHAM
Menjadi anggota yang paling muda, Ilham masih pandai membawa diri untuk tampil seperti ahli kumpulan SM*SH yang lain. Dia juga tidak terlalu terikat dengan fesyen K-Pop dan ada pilihan gaya sendiri.
Murai.com.my: Fesyen pilihan Ilham?
Ilham: Saya memilih dan suka bergaya kasual. Selain itu saya juga sukakan gaya rock & roll.
Murai.com.my: Pilihan item fesyen Ilham sering didapati daripada mana?
Ilham: Saya sering berbelanja di Topman, Zara dan Spiderblit.
Murai.com.my: Ikon ikutan Ilham?
Ilham: Sejujurnya saya tidak mengikut cara atau gaya berpakaian seseorang. Saya lebih suka mencuba dan bergaya mengikut cara saya tersendiri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar