Kamis, 05 April 2012

Ernie Zakri Dan Dicky SM*SH Bersaudara?

Kedatangan kumpulan ala-ala K-Pop (Korean Pop) dari Indonesia, SM*SH atau SMASH menarik perhatian ramai peminat muzik tempatan. Tidak dapat dinafikan apabila lebih 1,000 orang telah membanjiri pentas utama Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur untuk menyaksikan mini konsert kumpulan ini pada 17 Mac lalu. Malah, kumpulan anak muda yang dianggotai tujuh orang iaitu Dicky, Morgan, Bisma, Rafael, Ilham, Rangga dan Reza rata-rata telah mempunyai kelompok peminat secara individu. Ianya terbukti sekali buat Morgan, Bisma dan Dicky yang mana mereka merupakan anggota SMASH yang paling diminati peminat tempatan. Berpeluang bersama mereka selama sehari, penulis memerhatikan Dicky atau nama sebenarnya Dicky Muhammad Prasetya, 19, mempunyai wajah seiras bintang RTM 2009 iaitu Ernie Zakri. Malah, ia turut diperakui oleh anggota SMASH yang lain iaitu Reza, Ilham dan Morgan sebaik saja melihat foto Ernie. Menurut Morgan, wajah dan senyuman Dicky saling tidak tumpah seperti Erni. Malah, dia tidak menyangka, wajah Dicky sangat mirip sehingga menyangkakan wanita dalam gambar itu adalah Dicky yang mengenakan pakaian wanita. Bagaimanapun, empunya nama Dicky sendiri terkejut tatkala penulis menunjukan gambar Ernie. Sambil tergelak, Dicky mengatakan ia sama sekali bukan dirinya. Ditanya adakah dia mempunyai pertalian persaudaraan dengan Ernie, Dicky menafikannya dan sejujurnya terkejut dengan persamaan wajah itu. Apa sekalipun, Dicky tidak terasa dengan usikan itu dan merasakan ia sekadar kebetulan saja. Bagaimanapun, pembaca murai.com.my boleh menilai sendiri adakah wajah Dicky dan Ernie mempunyai persamaan atau pun tidak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar