Sabtu, 21 April 2012

Stacy Tawan Hati Morgan SM*SH

Tidak dapat dinafikan, peserta Mania di bawah empayar Datuk M Nasir iaitu Stacy telah mendapat perhatian lebih dengan menampilkan persembahan yang mantap setiap kali beraksi dalam galaksi program ini. Bahkan, Stacy dilihat begitu komited dan sering saja mempamerkan mutu persembahan memukau yang boleh dilabelkan tahap Superstar. Lantaran itu, portal murai.com.my mendapat tahu salah seorang ahli kumpulan ala K-POP dari Indonesia iaitu SMASH yang bernama Morgan sudah tertawan dengan penyanyi berkenaan. Malah, Morgan yang baru saja membuat kunjungan ke Malaysia bersama-sama enam rakannya yang lain, teringin untuk bertemu dengan Stacy yang pernah digosipkan bercinta dengan Akim. Bagaimanapun, Morgan menjelaskan dia bukannya ingin mencari publisiti murahan tetapi lebih kepada menghargai bakat yang dimiliki penyanyi kelahiran Sabah itu. “Saya amat meminati Datuk Siti Nurhaliza. Jadi, saya teringin sangat mahu berjumpa dengan dia. Namun, apabila saya tiba di Malaysia, saya mendengar lagu Kasanova nyanyian dari Stacy, ianya terus membuatkan saya minat dengan Stacy. “Saya sama sekali tidak menyangka, ada penyanyi sehebat Stacy yang mendendangkan lagu seperti itu. Saya juga teringin berjumpa dengan Stacy. Namun, masih belum ada peluang kerana lawatan saya di sini hanya seketika saja. “Apapun, saya berharap peminat jangan salah sangka. Saya bukannya jatuh cinta dengan Stacy tetapi hanya terpersona dengan bakat dia saja walaupun saya ketika ini masih lagi belum mempunyai kekasih hati. “Saya ucapkan terbaik buat Stacy dan harap dia boleh melakukan yang terbaik dalam Mania,” kata Morgan kepada murai.com.my.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar